CryptoCoinsInfoClub.com

Nilai Bitcoin Malaysia

Sejarah Harga Bitcoin Dulu Hingga Kini

Sejarah Harga Bitcoin Dulu Hingga Kini

Artikel ini telah di kemaskini pada: 2 Februari 2018 Hampir 10 tahun sudah berlalu sejak Bitcoin yang pada awalnya hanya suatu idea di atas kertas dan kod di dalam komputer, menjadi matawang yang diguna pakai orang ramai. Bitcoin pada asalnya hanya bernilai kurang daripada USD$0.01 (2010) dan transaksi Bitcoin dianggap sebagai hobi peminat kriptografi. Bitcoin bernilai hampir USD$4,000 (Sept 2017) pada waktu penulisan dan kini hampir USD$9,000, xdan nilainya lebih 13 kali ganda daripada Ether, matawang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin. Wahai para pembaca sekalian, adakah anda seorang yang minat sejarah? Dalampostini penulis akan bercerita tentang sejarah harga Bitcoin daripada awal penciptaannya sehingga kini. Whitepaper yang ditulis oleh Satoshi Nakamoto (masih tidak diketahui identiti sebenar sehingga kini)tentang suatu matawang elektronik yang boleh dihantar antara dua pihak secara langsung(peer-to-peer)tanpa pihak ketiga telah dikeluarkan. BlokGenesis pertama dikenal pasti apabila transaksi pertama Bitcoin dibuat, dan ini telah memulakan rangkaian blok yang dinamakanBlockchain. Blok tersebut juga mempunyaiinputdata rujukan kepada berita utama pada hari itu: The Times 03/Jan/2009 Chancellor on brink of second bailout for banks. Berita di atas adalah susulan krisis kewangan yang melibatkan hampir seluruh dunia pada tahun 2007-8, bermula dari kejatuhan pasaran perumahan di Amerika Syarikat dan menjadi semakin teruk dengan kejatuhan bank pelaburan besar Lehman Brothers. Enam hari selepas blokGenesisitu, Satoshi Nakamoto telah mengeluarkan program dan juga kod berkaitan Bitcoin. New Liberty Standard , seorang pengguna BitcoinTalktelah mengeluarkan jadual pertukaran Bitcoin dengan USD, dan nilai pertukaran pertama adalah USD$1 = 1,309.03 BTC di mana nilai USD dikeka Continue reading >>

Bitcoin Lepasi Nilai Rm61,000 Hari Ini

Bitcoin Lepasi Nilai Rm61,000 Hari Ini

Dikemaskini 5 bulan yang lalu Diterbitkan pada 7 Dec 2017 9:04PM 0 komen BITCOIN melepasi nilai AS$15,000 (RM61,250) hari ini, mewujudkan amaran mata wang kripto tidak akan dapat dikekang lagi serta menimbulkan kebimbangan baru tentang kesannya dalam pasaran kewangan dunia. Gambar AFP, 7 Disember, 2017. BITCOIN melepasi nilai AS$15,000 (RM61,250) hari ini, mewujudkan amaran mata wang kripto tidak akan dapat dikekang lagi serta menimbulkan kebimbangan baru tentang kehadirannya dalam pasaran kewangan dunia. Ia mencecah rekod tertinggi AS$14,485 sebelum jatuh kepada AS$14,398 di pasaran dagang Asia tengahari tadi, menurut Bloomberg News. Rekod itu dicapai sehari selepas mata wang virtual itu mencecah tanda aras AS$12,000 buat pertama kali. Bitcoin yang diperkenalkan pada 2009 sebagai perisian tersulit dan tidak menerima sokongan bank pusat mana-mana negara serta tiada kadar pertukaran sah di sisi undang-undang, melonjak naik nilainya beberapa bulan kebelakangan ini berbanding harganya pada pertengahan Januari 2017, AS$752. Peningkatan minat menyebabkan mata wang itu diterima ramai pelabur tradisional sebagai satu inovasi baru kewangan, situasi yang berubah berbanding ketika ia mula-mula diperkenalkan dipelopori pakar kewangan dan komputer. Tetapi beberapa pihak termasuk Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat memberi amaran lonjakan nilai Bitcoin boleh mengancam kestabilan pasaran kewangan dunia, dan mungkin mewujudkankelembapan ekonomi apabila harganya semakin meningkat. Terdapat juga kebimbangan tentang pengenalannya dalam sistem kewangan sedia ada selepas pihak berkuasa AS, Suruhanjaya Perdagangan Komoditi Masa Depan (CBOE) minggu lepas membenarkan Bitcoin didagangkan dalam pasaran semasa, keputusan yang disifatkan penganalisis membantu lonjakan nilainya. Bitcoin akan di Continue reading >>

Menyelia Mata Wang Digital Di Malaysia?

Menyelia Mata Wang Digital Di Malaysia?

MATA Wang Kripto (Cryptocurrency) ialah istilah untuk mata wang digital yang tidak diketahui ramai kecuali dalam kalangan mereka yang berminat untuk mendalaminya sebagai instrumen pelaburan dan kewangan. Ia dikatakan wujud kurang daripada 10 tahun lalu dan berkembang dengan pesat ke seluruh dunia. Mata wang kripto yang dikenali sebagai bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada 2009. Tiada siapa yang boleh memastikan nama tersebut sama ada individu atau sekumpulan jurutera perisian komputer. Dalam tempoh yang singkat, mata wang digital dikatakan menjadi popular dan diterima sebagai salah satu kaedah transaksi global. Ada yang menganggap bitcoin umpama emas digital yang sah diperlakukan. Ia tidak dimiliki secara mutlak oleh mana-mana negara, kerajaan atau syarikat. Teknologi blockchain menjadi asas atau tulang belakang kepada mata wang kripto. Blockchain atau rangkaian bitcoin dikatakan memang terdapat dalam rangkaian internet di seluruh dunia. Ia dikatakan berkembang pantas melalui urusniaga dan pemindahan dalam alam siber tanpa melalui mana-mana orang tengah, umpamanya bank perdagangan, Paypal, Western Union, Visa atau mana-mana bank pusat. Ini juga bermakna, urusniaga dan transaksi yang dijalankan, tidak diselia oleh mana-mana pihak berkuasa kewangan di sesebuah negara. Transaksi yang dibuat adalah hampir percuma kerana melalui kaedah konvensional, fi yang dikenakan ialah antara tiga hingga 10 peratus. Fi yang dikenakan melalui transaksi bitcoin hanya sekitar satu peratus daripada nilai wang yang dikirimkan. Bayangkan jika jumlah wang yang dikirim berjuta-juta dolar, penjimatan adalah signifikan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, bitcoin adalah mata wang digital. Wang kertas boleh dicetak oleh bank pusat di sesebuah negara tetapi bitcoin yang sifatnya umpama e Continue reading >>

Sejauh Mana Harga Bitcoin Akan Naik?

Sejauh Mana Harga Bitcoin Akan Naik?

Baru-baru ini komuniti bitcoin digegarkan dengan berita harga bitcoin naik sehingga USD$2791.69, bersamaan RM17,955 pada 24 Mei. Lebih memeranjatkan lagi, di Asia termasuklah Malaysia, harga bitcoin naik secara mendadak hingga melebihi RM12,000. Spekulasi mengatakan bahawa harga bitcoin melonjak di Asia kerana semakin ramai orang di negara-negara Asia terutama Korea dan Jepun yang menyertai platform jual beli bitcoin. Namun tanpa disangka, harga bitcoin tiba-tiba menjunam jatuh 4 hari kemudian sehingga hampir mencecah USD$1900, sebelum ia naik semula. Nicola Duke, seorang penganalisa teknikal di Forex Analytic, telah membuat analisa tentang trendharga bitcoin menggunakan kaedahFibonacci.Kaedah ini melihat kepadatrend bitcoin sejak 2013 untuk membuat ramalan tentang harga bitcoin di masa akan datang.Beliau meramalkanbahawa USD$2,800adalah harga tertinggi yang boleh dicapai sebelum harga bitcoin jatuh. Menurut beliau lagi, pembetulan ini mungkin akan berterusan sehingga harga berterusan sehingga USD$1780, atau lebih teruk lagisebelum ia stabil. Walaupun ramalan Nicola Duke berkenaan harga bitcoin yang jatuh itu betul, ramai yang menganggap pembetulan harga ini adalah untuk sementara waktu sahaja.Pada masa penulisan, harga bitcoin kelihatan stabil antara USD$2100-USD$2200, walaupun ia nyata lebih rendah dari sebelumnya. Terdapat beberapa faktor-faktor utama yang telah memberi impak kepada kenaikkan harga bitcoin. Seperti yang penulis katakan di atas, harga bitcoin diplaformpertukaran di Asia lebih tinggi berbanding harga di negara-negara Barat. Menurut statistik daripada Hayter dan Crypto Compare, harga bitcoin di pasaran Korea telah mencecah sehingga USD$4,000 penambahan lebih kurang USD$1,400 ke atas harga bitcoin dalam USD.Jumlah bitcoin yang di jual beli di pasaran Ko Continue reading >>

Bitcoin: Matawang Digital Terbaik Yang Wajar Di Miliki Oleh Semua !

Bitcoin: Matawang Digital Terbaik Yang Wajar Di Miliki Oleh Semua !

Bitcoin: Matawang Digital Terbaik Yang Wajar Di Miliki Oleh Semua ! Title: Bitcoin: Matawang Digital Terbaik Yang Wajar Di Miliki Oleh Semua ! Pada awal kemunculan matawang digital Bitcoin (BTC) di pasaran beberapa tahun lalu, harganya hanya serendah RM700 sahaja bagi 1 BTC. N... Pada awal kemunculan matawang digital Bitcoin (BTC) di pasaran beberapa tahun lalu, harganya hanya serendah RM700 sahaja bagi 1 BTC. Namun, harga Bitcoin kini naik sehingga ke paras RM12,000 dan dijangka melonjak lebih tinggi hingga RM40,000 menjelang tahun 2018 nanti. Ramai yang pada awalnya, tidak mengendahkan kemunculan matawang digital ini kini merasa kecewa kerana harganya telah melambung tinggi untuk memilikinya sekarang. Bitc Bayangkan ketika harga RM700 diawal kemunculannya di negara ini, kini sudah pasti mendapat untuk lumayan jika menjualnya hari ini dengan harga RM12,000. Itulah kehebatan Bitcoin yang nilainya dikatakan lebih tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM),D Dollar Amerika (USD) malahan juga harga emas di pasaran. Memiliki Bitcoin hari ini bermakna anda seperti melabur untuk masa depan. Ramai yang tidak tahu bahawa Bitcoin kini adalah salah satu matawang yang diikhtiraf oleh dunia. Malah ia tersenarai dalam Currency Matawang dunia. Di Malaysia, informasi awal tentang Bitcoin telah disentuh dalam buku teks matapelajaran Ekonomi Tingkatan 4 (mukasurat 123). Buku teks ini adalah terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini bermakna, kerajaan Malaysia sudah mula memberi pendedahan tentang Bitcoin kepada para pelajar sekolah ke araha memantapkan ekonomi digital yang akan berkembang pesat tidak lama lagi. Maka itulah rakyat Malaysia sendiri tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menyimpan matawang ini sebenarnya. Malah, disesetengah tempat, transaksi menggunakan Bitcoin telah mula digun Continue reading >>

Buat Duit Online Dengan Mesin Mining Bitcoin Dan Altcoin Di Malaysia!

Buat Duit Online Dengan Mesin Mining Bitcoin Dan Altcoin Di Malaysia!

Buat Duit Online Dengan Mesin Mining Bitcoin dan AltCoin Di Malaysia! Apa itu Bitcoin dan Mengapa anda perlu memiliki Bitcoin? Apa kata mereka yang BOLEH DIPERCAYAI mengenai BITCOIN? Ya! Masih ramai yang tidak tahu apa itu Bitcoin? Bitcoin merupakan satu bentuk mata wang digital dan ianya dicipta dan digunakan secara elektronik. Yang lebih utama adalah bitcoin tiada siapa yang mengawalnya. Bitcoin tidak dicetak, seperti Dolar, Euro atau Ringgit Malaysia. Bitcoin yang dihasilkan oleh manusia menggunakan mesin komputer (mining machine) di seluruh dunia, dengan menggunakan perisian untuk menyelesaikan masalah matematik. Ia adalah contoh pertama kategori wang yang semakin banyak dikenalisebagai cryptocurrency. Apa yang menjadikan bitcoin berbeza daripada mata wang biasa? Bitcoin boleh digunakan untuk membeli barang-barang elektronik. Dari segi ini, ia sama seperti Dolar, euro, atau Ringgit Malaysia konvensional, yang turut diniagakan secara digital. Walau bagaimanapun, ciri-ciri Bitcoin lebih istimewa berbanding dengan wang konvensional, adalah bahawa ia tiada institusi (decentralized). Tiada institusi tunggal mengawal rangkaian Bitcoin. Ini membuatkan sesetengah orang selesa & selamat dengan bitcoinkerana ia bermakna bahawa bank yang besar tidak dapat mengawal wang mereka.Ini yang membuatkan bitcoin sangat istimewa dikalangan penggemar matawang digital. Seorang software developer yang dipanggil Satoshi Nakamoto mencadangkan Bitcoin, dimana ianya merupakan sistem pembayaran elektronik berdasarkan matematik. Idea ini adalah untuk menghasilkan mata wang yang tidak dikawal mana-mana kerajaan pusat, transaksi secara elektronik, kepantasan transaksi serta-merta, dengan bayaran transaksi yang sangat rendah. Tiada sesiapa. Mata wang ini tiada fizikal dan tidak dicetak oleh bank p Continue reading >>

Potensi Bitcoin Meningkatkan Pendapatan Anda | Bitcoin Aset Jutawan

Potensi Bitcoin Meningkatkan Pendapatan Anda | Bitcoin Aset Jutawan

Mengikut ilmu asas ekonomi semakin kurang pengeluaran,semakin banyak permintaan dan Harga akan melambung naik,ketika ini sesiapa yang ada meyimpanbanyak bitcoin dia bebas masalah kewangan!! Anda Sering Mendengar @ Menyebut BITCOIN Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Cara dan Potensinya Yang Mampu Meningkatkan Kewangan Anda Kerana Tiada Orang Mendedahkannya Kepada ANDA Memang Susah Nak Percaya POTENSI BITCOIN Ini Boleh Menghasilkan Pendapatan Kalau Anda Tidak Ada Ilmu POTENSI BITCOIN DARIPADA TAHUN 2008 TAHUN 2020 Jika Sekarang andatelah memiliki simpanan 25 bitcoin ,anda merupakan orang yang sangat bijik kerana jangkaan pakar analisis bitcoin dunia 'Tim Draper' Tahun 2018 nilai 1 bitcoin akan mececah $10,000usd bersamaan RM44.0000 dan bila jangkaan ini menjadi kenyataan anda telah pun mempunyai simpanan RM1juta pertama kerana jankaan yang dibuat 4 tahun sebelumnya nilainya akan naik menjadi rm4000 1 bitcoin telah pun menjadi kenyataan .Anda boleh klik kotak dibawah untuk melihat harga terkini 1 bitcoin. Klik Untuk Lihat Harga Semasa 1 Bitcoin (xtc)? Jika Anda benar-benar mahu terlibat dalam Industri BITCOIN ,anda WAJIBmembaca maklumat yang saya kongsikan ini TAHNIAH!!! Jika anda sedang mencari ILMUdan KAEDAH untuk membuat Pelaburan Bitcoin dengan BETUL, TEPAT, SELAMAT maka anda telahpun tiba di tempat yang betul. Saya akan MEMBONGKARKAN kepada anda Rahsia Pelaburan Bitcoin Terlebih dahulu anda perlu tahu dalam dunia Bitcoin terdapat 4 golong manusia dan anda berada digolongan mana : Tidak pernah dengar,tidak tahu dan tidak ada simpan Bitcoin Pernah dengar tapi tidak ambil tahu potensi Bitcoin dan tiada Bitcoin Pernah dengar ,tahu potensinya dan ada simpan Bitcoin sahaja Pernah dengar,tahu potensinya,ada simpan Bitcoin dan ada lombong bitcoin Sekarang saya nak bawa anda berfiki Continue reading >>

Cara Melombong Bitcoin

Cara Melombong Bitcoin

Melombong BitCoin menjadi fenomena apabila harganya mencecah lebih RM12,000 per unit. BitCoin merupakan matawang digital yang sah digunakan untuk membeli kebanyakan barang termasuk produk Microsoft. Jadi jangan bimbang jika ada orang kata BitCoin hanyalah satu konspirasi atau spekulasi untuk merancakkan ekonomi dunia yang makin terukkerana anda boleh cairkan BitCoin menjadi tunai ataupun produk. Ya, anda boleh cairkan BitCoin menjadi duit sebenar pada bila-bila masa jika anda bimbang BitCoin adalah satu penipuan (scam). Dalam post kali ini,saya akan berkongsi mengenai perkara asas tentang melombong BitCoin seperti bagaimana mahu bermula (hardware apa yang diperlukan), software apa yang digunakan, bagaimana ingin setup software tersebut,perkara-perkara asas tentangnya dan yang paling menarik,bagaimana anda boleh membuat duit dengannya. Ingat, semua software melombong Bitcoin ialah PERCUMA. Apa yang anda perlu bayar ialah hardware komputer sahaja. Ayuh mulakan bacaan,anda pasti terkejut betapa senangnya melombong BitCoin dan saya pasti artikel ini berbaloi untuk dibaca! (Gambar disediakan bagi memudahkan pembaca faham) Jika anda ada komputer yang mempunyai Graphic Card dan sambungan Internet yang stabil, anda sudah boleh mula melombong! Namun perkara yang perlu diambil kira ialah berapa banyak elektrik yang akan digunakan oleh Graphic Card untuk melombong. Adakah ianya berbaloi dengan pendapatan mingguan anda? Ya, semua Graphic Card boleh digunakan untuk melombong tetapi adakah hasil perlombongan itu lebih tinggi daripada kos melombong itu sendiri? Ramai daripada rakan-rakan saya mengira 6 bulan untuk mendapat pulangan modal untuk Hardware yang digunakan dan formula yang digunakan untuk mengira pendapatan mereka ialah seperti berikut; Hasil Lombong Bil Elektrik (Kos Hard Continue reading >>

Bitcoin Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join?

Bitcoin Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join?

Bitcoin Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join? Apa Kata Bank Negara Malaysia & Fatwa Malaysia Cuba tengok gambar di atas? Apa yang anda nampak? Seunit Bitcoin pada awal tahun 2013 hanyalah bersamaan dengan $13 USD, tetapi pada hari ini ia menjangkau lebih daripada $1,100 USD. Gila ke apa Bitcoin ni? Baca dulu daripada BNM yang pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2014 berkenaan dengan Bitcoin seperti berikut: Bitcoin (mata wang digital) tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia. Bank Negara Malaysia tidak mengawal selia urus niaga Bitcoin. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko berkaitan penggunaan mata wang digital tersebut. Habis tu nak buat apa pulak dengan Bitcoin ni? BNM pun tak iktiraf ianya sebagai matawang. Apa Kata Majlis Fatwa Malaysia Berkenaan Bitcoin? Mungkin anda tidak dapat akses Blog Fatwa Malaysia seperti di atas, jadi kami screenshot untuk anda. Kalau nak view arkibweb tersebut, boleh ke: Hukum penggunaan bitcoin sebagai medium untuk bermuamalat Kalau malas nak baca panjang sangat atau kecik sangat gambar tersebut, secara kesimpulannya: Dari sudut ekonomi Islam, Bitcoin tidak sesuai dijadikan matawang kerana: Boleh dimasuki unsur spekulasi yang melampau Nilainya juga tidak stabil dan boleh naik secara mendadak Tidak dikawal oleh mana-mana badan berautoriti Kesimpulannya, tak perlulah nak sertai mana-mana skim melombong Bitcoin di Malaysia ni. Takut nanti pelaburan anda hangus, atau Bitcoin anda tidak boleh digunakan, atau masa anda terbuang begitu saja, tak pun anda terlibat di dalam aktiviti yang haram dari segi undang-undang dan juga Islam. Hidup pun mesti tak tenteram Banyak Lagi Pelaburan Halal Lagi Menguntungkan Bagi pelaburan pula, kita boleh guna pakai konsepHigh Risk, High Return;bergantun Continue reading >>

Buat Kali Pertama Nilai Bitcoin Lebih Tinggi Daripada Emas Di Pasaran Dunia

Buat Kali Pertama Nilai Bitcoin Lebih Tinggi Daripada Emas Di Pasaran Dunia

Buat Kali Pertama Nilai Bitcoin Lebih Tinggi Daripada Emas Di Pasaran Dunia Oleh Azam A Bisnes March 4, 2017, 12:41 PM Buat pertama kali sejak terciptanya Bitcoin pada tahun 2009, nilai Bitcoin adalah lebih tinggi dari harga emas sedunia. Currency digital yang semakin popular ini dinilai pada harga USD1,238.11 USD berbanding USD1,237.73 1oz emas. Pasti ramai yang masih tidak tahu apakah Bitcoin dan bagaimana untuk menggunakan Bitcoin ini? Kami juga sebenarnya tidak pernah membuat sebarang transaksi menggunakan Bitcoin ini. Bitcoin adalah sejenis mata wang digital yang dicipta dan digunakan secara elektronik. Tiada siapa yang mengawal nilai Bitcoin ini. Ianya tidak dicetak seperti matawang Euro, Dollar atau Ringgit. Matawang Bitcoin ini dicipta oleh seorang software developer bernama Satoshi Nakamoto. Tujuan Bitcoin dicipta adalah sebagai alternatif untuk sebarang pembelian barangan secara online. Disebabkan Bitcoin ini tidak dikawal oleh mana-mana sistem perbankan di dunia, jadi anda boleh terus transfer wang anda ke akaun Bitcoin orang yang anda sedang berurusan tanpa melalui bank. Untuk penerangan lebih tentang Bitcoin ini, anda boleh lihat pada video di bawah. Tetapi mata wang digital ini juga penuh dengan kontroversi. Matawang Bitcoin ini memang sangat popular dalam deep web. Deep web adalah tempat urusan secara online di mana anda boleh membeli apa sahaja dari senjata api, dadah, informasi kad kredit dan apa sahaja yang anda mahu. Kalau anda nak tahu bagaimana untuk akses dan berurusan di deep web ini, anda boleh baca di sini . Tetapi kami tidak galakkan anda mengakses dark web dan jangan tanya kenapa. Disebabkan Bitcoin ini tidak dikawal oleh mana-mana agensi bank, ianya sangat terdedah kepada fraud. Kalau anda memang ada knowledge yang sangat hebat dalam ilmu co Continue reading >>

Nilai Bitcoin Jatuh 25 Peratus Dalam 24 Jam

Nilai Bitcoin Jatuh 25 Peratus Dalam 24 Jam

Nilai Bitcoin jatuh 25 peratus dalam 24 jam Trend penurunan Bitcoin turut disaksikan pada matawang digital lain. - REUTERS/Fail KUALA LUMPUR: Matawang digital terkenal dunia, Bitcoin menyaksikan nilainya susut 25 peratus dalam tempoh 24 jam yang lepas. Penurunan ini menghapuskan US$121 billion atau suku dari nilai keseluruhan permodalan pasarannya. Harga Bitcoin jatuh serendah US$12,522.62 awal hari ini, 37 peratus lebih rendah dari paras puncak US$20,000 awal minggu ini. Walaupun tiada punca tepat dikenal pasti bagi penurunan tersebut setakat ini, ia dijangka ekoran aktiviti penjualan secara besar-besaran menjelang cuti Krismas. Trend penurunan ini juga dapat dilihat pada matawang digital lain, termasuk Ether, matawang digital kedua terbesar dunia selepas Bitcoin, yang susut 26 peratus sepanjang 24 jam lalu. Manakala satu lagi matawang digital, Litecoin, jatuh 32 peratus dalam tempoh yang sama. Bitcoin, yang mula diperkenalkan di pasaran dunia pada 2009, menarik perhatian tertinggi tahun ini selepas harganya meningkat 1,500 peratus sejak awal tahun. Kenaikan drastik itu mengundang kritikan dari pelbagai pakar ekonomi, yang berkata ianya satu gelembung yang bakal runtuh kerana tidak mempunyai sebarang nilai sebenar seperti matawang atau emas. Meskipun berdepan kritikan dan keraguan, populariti matawang digital itu yang semakin meningkat memaksa kerajaan dan bank pusat di serata dunia untuk membentuk kerangka penguatkuasaannya. November lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesemua platform perniagaan matawang digital di Malaysia akan diambil kira sebagai "institusi pelapor", yang mewajibkan mereka melaporkan kesemua transaksi kepada bank pusat. Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, undang-undang tersebut akan berkuat kuasa tahun depan. "Matawang digital akan Continue reading >>

Patutkah Anda Melabur Dalam Bitcoin? | Comparehero.my

Patutkah Anda Melabur Dalam Bitcoin? | Comparehero.my

Di Malaysia, Bitcoin merupakan antara pilihan utama untuk pelaburan matawang digital, dengan 52.6% pelabur matawang digital menjadikannya sebagai alternatif pelaburan . Bitcoin ialah matawang digital pertama yang telah dilancarkan pada tahun 2009. Setakat ini, terdapat lebih kurang 700 matawang digital yang didagangkan, tetapi Bitcoin didagangkan di lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Status matawang digital bermaksud tiada wang kertas atau duit syiling yang akan dikeluarkan oleh kerajaan, sebaliknya, wang ini akan dijana sepenuhnya oleh komputer. Bitcoin ialah kerana faktor kepantasan wang tersebut boleh bertukar milik tanpa nama (anonymously). Urusniaga boleh dilakukan tanpa perlukan identiti terbuka, tetapi masih lagi boleh dijejak dari pangkalan data dalam talian yang dikenali sebagai blockchain. Persepsi umum tentang Bitcoin dan matawang digital yang lain ialah berbeza dari saham ataupun bon, ia menawarkan pelabur di Malaysia peluang untuk pelaburan yang kurang berisiko dan lebih menguntungkan. Menurut laporan theSun, kebanyakan rakyat Malaysia membeli Bitcoin kerana: 5X 360 Rewards Points for Dining, Departmental Stores & Overseas spend Adakah Bitcoin dikawal selia di Malaysia? Sehingga kini, Bank Negara Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan tentang status undang-undang dagangan Bitcoin dan matawang digital yang lain. Namun BNM kini dalam perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan Luno, syarikat startup Bitcoin untuk mengadakan bengkel serta sesi latihan mengenai subjek ini. Oleh itu, perkembangan yang positif boleh dijangkakan dalam hal ini untuk tahun-tahun akan datang. Buat masa sekarang, kekurangan pengawalan dan penyelian undang-undang di Malaysia mungkin menjadi penghalang untuk perdagangan Bitcoin. Oleh itu, sebaik sahaja kerajaan Malaysia me Continue reading >>

Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah

Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah

Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah Dalam dunia kewangan, satu teknologi atau penemuan baru yang paling hipster setakat ini adalah Bitcoin. Mungkin anda pernah dengar pasal pelaburan Bitcoin, tentang status halal haram Bitcoin, scam Bitcoin, dan ada yang kaitkan Bitcoin dengan MLM. Ada yang sangat taksub dengan Bitcoin sehingga sanggup berhenti kerja. Anda mungkin pernah cuba google what is Bitcoin, dan jumpa ayat lebih kurang macam ini: Bitcoin adalah satu cryptocurrency atau matawang digital yang bersifat decentralized dan menggunakan teknologi blockchain. Agak-agak anda faham tak? Cryptocurrency? Blockchain? Decentralised? Teknologi-teknologi ini sebenarnya agak complicated even orang kerja IT pun pecah kepala juga nak faham. Tapi, cara paling senang untuk faham Bitcoin adalah dengan menganggap ia sebagai emas digital. Kenapa emas? Kenapa bukan macam duit ringgit (duit fiat)? Nama pun coin, duit lah tu kan? Macam ini. Sebab ia tak sama dengan duit Ringgit/Dollar adalah dari 3 segi: 1. Nilai duit berbeza ikut negara dan nilai dia bergantung kepada prestasi negara tersebut contoh, kalau negara perang, matawang akan jatuh. Tapi nilai Bitcoin dan emas sama di mana-mana dalam dunia ini. 2. Duit diuruskan oleh bank, Bitcoin diuruskan oleh pengguna sendiri (atau mungkin lebih tepat; oleh teknologi). 3. Duit boleh dicetak ikut keperluan, Bitcoin dan emas hanya boleh dilombong dan jumlahnya terhad. Jadi ia lagi mirip macam emas, berbanding duit fiat. Dan, ia menjadi platform terbaik jual beli di alam digital, sebab ia memang lahir secara digital dengan bertujuan untuk menjadi matawang digital. Persamaan dengan duit biasa? Keduanya boleh digunakan untuk beli barang atau servis yang guna sistem online (walaupun tak banyak lagi sistem/bisnes yang terima Bitcoin di Continue reading >>

Boleh Lesap Sekelip Mata

Boleh Lesap Sekelip Mata

Kuala Lumpur: Penggunaan Bitcoin dilihat lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna khususnya umat Islam memandangkan ia bebas didagangkan di alam maya. Menurut Pakar Perunding Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Mohd Nizam Mohd Salleh, ia juga mendedahkan pengguna kepada risiko besar kerugian terutama apabila berlaku penggodaman hingga menyebabkan harta mereka itu boleh lesap sekelip mata. Untuk umat Islam, kita tidak tahu status halal haram kerana ia didagangkan secara bebas. Di Malaysia, tidak mungkin kita bersedia untuk beralih kepada penggunaan Bitcoin secara sah kecuali ada mekanisme tertentu digunakan Bank Negara Malaysia (BNM), katanya kepada Harian Metro. Beliau mengulas tindakan seorang peniaga nasi kerabu daging bakar di Kota Bharu, Kelantan yang menerima pembayaran menggunakan mata wang maya, Bitcoin dan satu-satunya peniaga gerai di negeri itu yang menerima wang jenis kripto selain Ringgit Malaysia. Berikutan status Bitcoin masih samar, BNM dijangka memuktamadkan keputusan sama ada melarang penjualan semua jenis wang kripto di Malaysia sebelum akhir tahun ini selepas China terlebih dulu mengambil langkah sama pada September lalu. Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, bank pusat itu kini mengkaji semua aspek berkaitan sebelum memutuskan dasar mengenainya dan akan mengeluarkan garis panduan mengenai mata wang kripto serta larangannya. LAPORAN Harian Metro, 5 Oktober lalu. FOTO HM Digital Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata, fungsi Bitcoin tidak lebih sekadar mata wang maya bagi memudahkan penggunanya melakukan urus niaga di mana-mana negara tanpa perlu membuat tukaran kepada mata wang negara berkenaan. Katanya, disebabkan ia tidak dikawal selia oleh kerajaan atau bank pusat mahupun undang-undang tertentu, transaksi Bitcoin Continue reading >>

Monspace Dollar (msd)

Monspace Dollar (msd)

Bina Legasi Kekayaan Dengan Wang Digital Masa Kini Kisah Cryptocurrency Bitcoin. Dari $0.10 ke $5888.30... Ketahui cara untuk anda menjadi jutawan cryptocurrency.. Bitcoin adalah sejenis Cryptocurrency (Wang Digital) yang dibuat oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009.Terdapat pelbagai jenis Cryptocurrency (Wang Digital) yang berlegar di seluruh dunia. Antaranya adalah BITCOIN, ETHEREUM, LITECOIN, DOGECOIN dan sebagainya. Dan paling dikenali ramai kini adalah BITCOIN (BTC). Ini kerana, pada awal perkembangan BITCOIN (BTC), Nilai BITCOIN dengan US Dollar hanyalah 1 BTC = $0.10 sen USD. Namun oleh kerana permintaan dan penawaran yang tinggi, nilai BITCOIN (BTC) telah meningkat naik, sehingga hari ini nilainya adalah 1 BTC = $5888.30 USD = RM 24,730.86. Kalau kira dari segi peratus, peratus kenaikan BITCOIN adalah sebanyak 5,888,200% dalam masa kurang 10 tahun. Ada ke pelaburan lain di luar sana yang mendatangkan pulangan lebih 5 juta peratus? Seseorang bernama Koch telah membeli 5000 Bitcoinpada tahun 2009 dengan harga RM98. Selepas 4 tahun, nilai 5000 Bitcoin tersebut telah menjadi RM3,800,000. Ini pula akaun salah seorang jutawan senyap cryptocurrency. Harga untuk 1 BITCOIN (BTC) dari mula pengeluarannya pada tahun 2009 hanyalah $0.10 sen USD, kini pada tahun 2017, harga untuk 1 BITCOIN (BTC) sudah mencecah$5888.30 USD = RM24,730.86. Pada tahun 2015 pula, nilai 1 BITCOIN (BTC) hanya RM 900 sahaja pada masa itu. Dengan modal RM 18K yang anda ada, anda boleh buat penyimpanan sebanyak 20 BITCOIN (BTC). Dan untung anda hari ini bersamaan RM 476,000!. Tapi malangnya nilai BITCOIN sudah terlalu tinggi,kalau anda ada RM 10K hari ini pun, anda masih tidak mampu untuk membeli 1 BITCOIN. Zaman untuk memiliki BITCOIN sudah terlepas. Golongan berpendapatan sederhana bagai tidak laya Continue reading >>

More in ethereum