CryptoCoinsInfoClub.com

Harga Bitcoin 2017 Malaysia

Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah

Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah

Pelaburan Bitcoin, Adakah Ia Peluang Atau Musibah Dalam dunia kewangan, satu teknologi atau penemuan baru yang paling hipster setakat ini adalah Bitcoin. Mungkin anda pernah dengar pasal pelaburan Bitcoin, tentang status halal haram Bitcoin, scam Bitcoin, dan ada yang kaitkan Bitcoin dengan MLM. Ada yang sangat taksub dengan Bitcoin sehingga sanggup berhenti kerja. Anda mungkin pernah cuba google what is Bitcoin, dan jumpa ayat lebih kurang macam ini: Bitcoin adalah satu cryptocurrency atau matawang digital yang bersifat decentralized dan menggunakan teknologi blockchain. Agak-agak anda faham tak? Cryptocurrency? Blockchain? Decentralised? Teknologi-teknologi ini sebenarnya agak complicated even orang kerja IT pun pecah kepala juga nak faham. Tapi, cara paling senang untuk faham Bitcoin adalah dengan menganggap ia sebagai emas digital. Kenapa emas? Kenapa bukan macam duit ringgit (duit fiat)? Nama pun coin, duit lah tu kan? Macam ini. Sebab ia tak sama dengan duit Ringgit/Dollar adalah dari 3 segi: 1. Nilai duit berbeza ikut negara dan nilai dia bergantung kepada prestasi negara tersebut contoh, kalau negara perang, matawang akan jatuh. Tapi nilai Bitcoin dan emas sama di mana-mana dalam dunia ini. 2. Duit diuruskan oleh bank, Bitcoin diuruskan oleh pengguna sendiri (atau mungkin lebih tepat; oleh teknologi). 3. Duit boleh dicetak ikut keperluan, Bitcoin dan emas hanya boleh dilombong dan jumlahnya terhad. Jadi ia lagi mirip macam emas, berbanding duit fiat. Dan, ia menjadi platform terbaik jual beli di alam digital, sebab ia memang lahir secara digital dengan bertujuan untuk menjadi matawang digital. Persamaan dengan duit biasa? Keduanya boleh digunakan untuk beli barang atau servis yang guna sistem online (walaupun tak banyak lagi sistem/bisnes yang terima Bitcoin di Continue reading >>

Bitcoin Mula Diterima Sebagai Matawang Digital. Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin Mula Diterima Sebagai Matawang Digital. Apa Itu Bitcoin?

Bitcoin mula diterima sebagai matawang digital. Apa itu Bitcoin? Pernah dengar mengenai Bitcoin? Adakah Bitcoin satu pelaburan yang menguntungkan? Kenapa orang ramai mula beli Bitcoin? Ini antara beberapa soalan yang sering ditanya mengenai Bitcoin. Satu trend baru dalam dunia internet dan kewangan yang semakin tersebar. Pada tahun 2011, harga bagi 1 BTC adalah USD $1.00 sahaja. Harga setakat Jun 2017 dan paling tinggi adalah 1 BTC bersamaan USD $3,000. Berikut adalah info asas mengenai Bitcoin yang anda perlu tahu dan fahamkan. Bitcoin adalah matawang digital, internet currency atau dikenali juga sebagai cryptocurrency. Bitcoin juga adalah satu bentuk matawang yang decentralised iaitu tidak dikeluarkan atau dikawal oleh mana-mana institusi kewangan. Di Malaysia, matawang Ringgit dikeluarkan dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Setakat hari ini, BNM tidak pernah mengiktiraf Bitcoin sebagai salah satu matawang yang sah di Malaysia. Ini merupakan salah satu risiko paling besar untuk pembeli Bitcoin di Malaysia. Secara keseluruhan, terdapat banyak negara yang masih lagi tidak mengiktiraf Bitcoin sebagai matawang yang sah dan pada masa yang sama terdapat juga negara yang sudah menerima Bitcoin. Anda boleh gunakan matawang digital tersebut sama ada melalui transaksi online atau offline (kad debit). Terdapat beberapa kedai dan servis yang sudah menerima Bitcoin sebagai medium pembayaran di Malaysia. Hanya terdapat dua (2) cara sahaja untuk dapatkan Bitcoin iaitu sama ada anda perlu beli atau melombong (mining) sendiri. Di Malaysia, terdapat beberapa website yang anda boleh beli dan dapatkan Bitcoin seperti Localbitcoins.com, Remitano.com, Luno.com dan banyak lagi. Anda boleh beli melalui online transfer terus dari akaun bank anda. Untuk melombong Bitcoin, anda memerl Continue reading >>

Sejarah Harga Bitcoin Dulu Hingga Kini

Sejarah Harga Bitcoin Dulu Hingga Kini

Artikel ini telah di kemaskini pada: 2 Februari 2018 Hampir 10 tahun sudah berlalu sejak Bitcoin yang pada awalnya hanya suatu idea di atas kertas dan kod di dalam komputer, menjadi matawang yang diguna pakai orang ramai. Bitcoin pada asalnya hanya bernilai kurang daripada USD$0.01 (2010) dan transaksi Bitcoin dianggap sebagai hobi peminat kriptografi. Bitcoin bernilai hampir USD$4,000 (Sept 2017) pada waktu penulisan dan kini hampir USD$9,000, xdan nilainya lebih 13 kali ganda daripada Ether, matawang kripto kedua terbesar selepas Bitcoin. Wahai para pembaca sekalian, adakah anda seorang yang minat sejarah? Dalampostini penulis akan bercerita tentang sejarah harga Bitcoin daripada awal penciptaannya sehingga kini. Whitepaper yang ditulis oleh Satoshi Nakamoto (masih tidak diketahui identiti sebenar sehingga kini)tentang suatu matawang elektronik yang boleh dihantar antara dua pihak secara langsung(peer-to-peer)tanpa pihak ketiga telah dikeluarkan. BlokGenesis pertama dikenal pasti apabila transaksi pertama Bitcoin dibuat, dan ini telah memulakan rangkaian blok yang dinamakanBlockchain. Blok tersebut juga mempunyaiinputdata rujukan kepada berita utama pada hari itu: The Times 03/Jan/2009 Chancellor on brink of second bailout for banks. Berita di atas adalah susulan krisis kewangan yang melibatkan hampir seluruh dunia pada tahun 2007-8, bermula dari kejatuhan pasaran perumahan di Amerika Syarikat dan menjadi semakin teruk dengan kejatuhan bank pelaburan besar Lehman Brothers. Enam hari selepas blokGenesisitu, Satoshi Nakamoto telah mengeluarkan program dan juga kod berkaitan Bitcoin. New Liberty Standard , seorang pengguna BitcoinTalktelah mengeluarkan jadual pertukaran Bitcoin dengan USD, dan nilai pertukaran pertama adalah USD$1 = 1,309.03 BTC di mana nilai USD dikeka Continue reading >>

Nilai Bitcoin Jatuh 25 Peratus Dalam 24 Jam

Nilai Bitcoin Jatuh 25 Peratus Dalam 24 Jam

Nilai Bitcoin jatuh 25 peratus dalam 24 jam Trend penurunan Bitcoin turut disaksikan pada matawang digital lain. - REUTERS/Fail KUALA LUMPUR: Matawang digital terkenal dunia, Bitcoin menyaksikan nilainya susut 25 peratus dalam tempoh 24 jam yang lepas. Penurunan ini menghapuskan US$121 billion atau suku dari nilai keseluruhan permodalan pasarannya. Harga Bitcoin jatuh serendah US$12,522.62 awal hari ini, 37 peratus lebih rendah dari paras puncak US$20,000 awal minggu ini. Walaupun tiada punca tepat dikenal pasti bagi penurunan tersebut setakat ini, ia dijangka ekoran aktiviti penjualan secara besar-besaran menjelang cuti Krismas. Trend penurunan ini juga dapat dilihat pada matawang digital lain, termasuk Ether, matawang digital kedua terbesar dunia selepas Bitcoin, yang susut 26 peratus sepanjang 24 jam lalu. Manakala satu lagi matawang digital, Litecoin, jatuh 32 peratus dalam tempoh yang sama. Bitcoin, yang mula diperkenalkan di pasaran dunia pada 2009, menarik perhatian tertinggi tahun ini selepas harganya meningkat 1,500 peratus sejak awal tahun. Kenaikan drastik itu mengundang kritikan dari pelbagai pakar ekonomi, yang berkata ianya satu gelembung yang bakal runtuh kerana tidak mempunyai sebarang nilai sebenar seperti matawang atau emas. Meskipun berdepan kritikan dan keraguan, populariti matawang digital itu yang semakin meningkat memaksa kerajaan dan bank pusat di serata dunia untuk membentuk kerangka penguatkuasaannya. November lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesemua platform perniagaan matawang digital di Malaysia akan diambil kira sebagai "institusi pelapor", yang mewajibkan mereka melaporkan kesemua transaksi kepada bank pusat. Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, undang-undang tersebut akan berkuat kuasa tahun depan. "Matawang digital akan Continue reading >>

Sejauh Mana Harga Bitcoin Akan Naik?

Sejauh Mana Harga Bitcoin Akan Naik?

Baru-baru ini komuniti bitcoin digegarkan dengan berita harga bitcoin naik sehingga USD$2791.69, bersamaan RM17,955 pada 24 Mei. Lebih memeranjatkan lagi, di Asia termasuklah Malaysia, harga bitcoin naik secara mendadak hingga melebihi RM12,000. Spekulasi mengatakan bahawa harga bitcoin melonjak di Asia kerana semakin ramai orang di negara-negara Asia terutama Korea dan Jepun yang menyertai platform jual beli bitcoin. Namun tanpa disangka, harga bitcoin tiba-tiba menjunam jatuh 4 hari kemudian sehingga hampir mencecah USD$1900, sebelum ia naik semula. Nicola Duke, seorang penganalisa teknikal di Forex Analytic, telah membuat analisa tentang trendharga bitcoin menggunakan kaedahFibonacci.Kaedah ini melihat kepadatrend bitcoin sejak 2013 untuk membuat ramalan tentang harga bitcoin di masa akan datang.Beliau meramalkanbahawa USD$2,800adalah harga tertinggi yang boleh dicapai sebelum harga bitcoin jatuh. Menurut beliau lagi, pembetulan ini mungkin akan berterusan sehingga harga berterusan sehingga USD$1780, atau lebih teruk lagisebelum ia stabil. Walaupun ramalan Nicola Duke berkenaan harga bitcoin yang jatuh itu betul, ramai yang menganggap pembetulan harga ini adalah untuk sementara waktu sahaja.Pada masa penulisan, harga bitcoin kelihatan stabil antara USD$2100-USD$2200, walaupun ia nyata lebih rendah dari sebelumnya. Terdapat beberapa faktor-faktor utama yang telah memberi impak kepada kenaikkan harga bitcoin. Seperti yang penulis katakan di atas, harga bitcoin diplaformpertukaran di Asia lebih tinggi berbanding harga di negara-negara Barat. Menurut statistik daripada Hayter dan Crypto Compare, harga bitcoin di pasaran Korea telah mencecah sehingga USD$4,000 penambahan lebih kurang USD$1,400 ke atas harga bitcoin dalam USD.Jumlah bitcoin yang di jual beli di pasaran Ko Continue reading >>

Bank Perancis Beri Amaran Risiko Bitcoin

Bank Perancis Beri Amaran Risiko Bitcoin

PARIS: Bitcoin adalah aset spekulatif dan orang ramai yang melabur mata wang itu melakukannya dengan risiko sendiri, kata Gabenor Bank of France, Francois Villeroy de Galhau. Amaran itu diberi selepas dagangan mata wang maya itu tidak menentu kebelakangan ini. "Kita perlu jelas, bitcoin bukan mata wang, malah bukan juga mata wang kripto," kata Villeroy dalam satu kenyataan dalam satu persidangan di Beijing, menurut Bank of France. "Ia aset spekulatif. Nilai dan ketidaktentuan keterlaluan tidak mempunyai asas ekonomi, malah ia bukan tanggungjawab sesiapa. Bank of France mengingatkan sesiapa yang melabur dalam bitcoin bahawa mereka melakukannya dengan risiko sendiri keseluruhannya," katanya. Bitcoin berlegar sekitar AS$9,600 dalam dagangan tidak menentu semalam, selepas jatuh kira-kira 15 peratus daripada paras tertinggi dalam sejarah minggu ini apabila beberapa pengurus wang memberi amaran gelembung dan kejatuhan berterusan nilainya. Bitcoin kali terakhir diniagakan susut sekitar 3.4 peratus pada AS$9,612.60 di bursa Bitstamp berpangkalan di Luxembourg, berbanding rekod tertinggi AS$11,395 yang dicatatkan pada Rabu. Pada Khamis, nilainya susut serendah AS$9,000. Penurunan terbaru ini berbeza dengan kenaikan mendadak beberapa bulan sebelum ini. Bitcoin melonjak hampir 1,100 persen setakat tahun ini pada Rabu. Malah, setakat semalam ia masih lagi meningkat 915 peratus. Seorang pengurus kekayaan berkata, analisis carta teknikal meramalkan penurunan lebih ketara. "Pembetulan akan menjadikan bitcoin kembali ke paras sokongan carta sebelum ini iaitu sekitar AS$7,500. Ia penurunan 20 peratus berbanding harga semasa," kata penasihat ekuiti dan derivatif ASR Wealth, Shane Chanel. "Tanpa utiliti setiap hari, spekulasi tulen meningkatkan harganya pada masa ini. Peniaga terpaksa me Continue reading >>

Prediksi Harga Bitcoin 2018 Menurut Beberapa Ahli

Prediksi Harga Bitcoin 2018 Menurut Beberapa Ahli

Prediksi Harga Bitcoin 2018 Menurut Beberapa Ahli Seperti yang kita ketahui, Bitcoin benar-benar menjadi Cryptocurrency (Mata Uang Kripto) nomor 1 di dunia pada tahun 2017 ini, lalu bagaimana prediksi harga bitcoin 2018 nanti? Mampukah untuk naik lebih tinggi dibandingkan harga saat ini? Bitcoin merupakan mata uang kripto dengan teknologi Blockchain yang mustahil di atur nilainya oleh institusi, pemerintah, bahkan penciptanya sendiri. Jadi sangat jelas jika pertumbuhan nilai Bitcoin murni hanya dipengaruhi oleh kekuatan Supply (Penawaran) dan Demand (Permintaan) saja. Bagaimana perkembangan atau prediksi harga bitcoin 2018? Nilai tukar Bitcoin (BTC) ke US Dollar (USD) saat ini (19 Oktober 2017) adalah $ 5,660.10 / 1 BTC (sekitar Rp. 75 Juta / 1 BTC), harga yang benar-benar tinggi untuk mata uang kripto. Bitcoin (BTC) sudah naik sekitar 490% selama tahun 2017 ini, dari harga tertinggi bulan Januari 2017 $ 1,175 / 1 BTC sampai Harga tertinggi Oktober 2017 $ 5,864 / 1 BTC. Banyak sekali kritik dan larangan yang ditujukan untuk Bitcoin pada kuartal ketiga tahun ini yaitu : Jamie Dimon yang mengatakan bahwa Bitcoin adalah Penipuan yang sewaktu waktu bisa meledak. Pemerintah China melarang segala aktifitas perdagangan Bitcoin dan mata uang kritpo lainnya. Pemerintah Korea Selatan melarang Penawaran Koin Awal (Initial Coin Offering / ICO) diadakan di negaranya. Vladimir Putin, Presiden Rusia mengutuk Bitcoin dan mata uang kripto lainnya karena tidak bisa di kendalikan oleh pemerintah, yang menyebabkan aksi kejahatan bisa saja terjadi, seperti pembiayaan terorisme. Kritik dan larangan diatas memang sempat membuat Nilai Bitcoin (BTC) turun drastis selama bulan September, dari harga tertinggi $ 4,980 / 1 BTC turun sampai $ 2,975 / 1 BTC. Meskipun dihujani dengan banyak hambatan, Continue reading >>

Cara Melombong Bitcoin

Cara Melombong Bitcoin

Melombong BitCoin menjadi fenomena apabila harganya mencecah lebih RM12,000 per unit. BitCoin merupakan matawang digital yang sah digunakan untuk membeli kebanyakan barang termasuk produk Microsoft. Jadi jangan bimbang jika ada orang kata BitCoin hanyalah satu konspirasi atau spekulasi untuk merancakkan ekonomi dunia yang makin terukkerana anda boleh cairkan BitCoin menjadi tunai ataupun produk. Ya, anda boleh cairkan BitCoin menjadi duit sebenar pada bila-bila masa jika anda bimbang BitCoin adalah satu penipuan (scam). Dalam post kali ini,saya akan berkongsi mengenai perkara asas tentang melombong BitCoin seperti bagaimana mahu bermula (hardware apa yang diperlukan), software apa yang digunakan, bagaimana ingin setup software tersebut,perkara-perkara asas tentangnya dan yang paling menarik,bagaimana anda boleh membuat duit dengannya. Ingat, semua software melombong Bitcoin ialah PERCUMA. Apa yang anda perlu bayar ialah hardware komputer sahaja. Ayuh mulakan bacaan,anda pasti terkejut betapa senangnya melombong BitCoin dan saya pasti artikel ini berbaloi untuk dibaca! (Gambar disediakan bagi memudahkan pembaca faham) Jika anda ada komputer yang mempunyai Graphic Card dan sambungan Internet yang stabil, anda sudah boleh mula melombong! Namun perkara yang perlu diambil kira ialah berapa banyak elektrik yang akan digunakan oleh Graphic Card untuk melombong. Adakah ianya berbaloi dengan pendapatan mingguan anda? Ya, semua Graphic Card boleh digunakan untuk melombong tetapi adakah hasil perlombongan itu lebih tinggi daripada kos melombong itu sendiri? Ramai daripada rakan-rakan saya mengira 6 bulan untuk mendapat pulangan modal untuk Hardware yang digunakan dan formula yang digunakan untuk mengira pendapatan mereka ialah seperti berikut; Hasil Lombong Bil Elektrik (Kos Hard Continue reading >>

Bitcoin Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join?

Bitcoin Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join?

Bitcoin Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join? Apa Kata Bank Negara Malaysia & Fatwa Malaysia Cuba tengok gambar di atas? Apa yang anda nampak? Seunit Bitcoin pada awal tahun 2013 hanyalah bersamaan dengan $13 USD, tetapi pada hari ini ia menjangkau lebih daripada $1,100 USD. Gila ke apa Bitcoin ni? Baca dulu daripada BNM yang pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2014 berkenaan dengan Bitcoin seperti berikut: Bitcoin (mata wang digital) tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia. Bank Negara Malaysia tidak mengawal selia urus niaga Bitcoin. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko berkaitan penggunaan mata wang digital tersebut. Habis tu nak buat apa pulak dengan Bitcoin ni? BNM pun tak iktiraf ianya sebagai matawang. Apa Kata Majlis Fatwa Malaysia Berkenaan Bitcoin? Mungkin anda tidak dapat akses Blog Fatwa Malaysia seperti di atas, jadi kami screenshot untuk anda. Kalau nak view arkibweb tersebut, boleh ke: Hukum penggunaan bitcoin sebagai medium untuk bermuamalat Kalau malas nak baca panjang sangat atau kecik sangat gambar tersebut, secara kesimpulannya: Dari sudut ekonomi Islam, Bitcoin tidak sesuai dijadikan matawang kerana: Boleh dimasuki unsur spekulasi yang melampau Nilainya juga tidak stabil dan boleh naik secara mendadak Tidak dikawal oleh mana-mana badan berautoriti Kesimpulannya, tak perlulah nak sertai mana-mana skim melombong Bitcoin di Malaysia ni. Takut nanti pelaburan anda hangus, atau Bitcoin anda tidak boleh digunakan, atau masa anda terbuang begitu saja, tak pun anda terlibat di dalam aktiviti yang haram dari segi undang-undang dan juga Islam. Hidup pun mesti tak tenteram Banyak Lagi Pelaburan Halal Lagi Menguntungkan Bagi pelaburan pula, kita boleh guna pakai konsepHigh Risk, High Return;bergantun Continue reading >>

Potensi Bitcoin Meningkatkan Pendapatan Anda | Bitcoin Aset Jutawan

Potensi Bitcoin Meningkatkan Pendapatan Anda | Bitcoin Aset Jutawan

Mengikut ilmu asas ekonomi semakin kurang pengeluaran,semakin banyak permintaan dan Harga akan melambung naik,ketika ini sesiapa yang ada meyimpanbanyak bitcoin dia bebas masalah kewangan!! Anda Sering Mendengar @ Menyebut BITCOIN Tetapi Tidak Tahu Bagaimana Cara dan Potensinya Yang Mampu Meningkatkan Kewangan Anda Kerana Tiada Orang Mendedahkannya Kepada ANDA Memang Susah Nak Percaya POTENSI BITCOIN Ini Boleh Menghasilkan Pendapatan Kalau Anda Tidak Ada Ilmu POTENSI BITCOIN DARIPADA TAHUN 2008 TAHUN 2020 Jika Sekarang andatelah memiliki simpanan 25 bitcoin ,anda merupakan orang yang sangat bijik kerana jangkaan pakar analisis bitcoin dunia 'Tim Draper' Tahun 2018 nilai 1 bitcoin akan mececah $10,000usd bersamaan RM44.0000 dan bila jangkaan ini menjadi kenyataan anda telah pun mempunyai simpanan RM1juta pertama kerana jankaan yang dibuat 4 tahun sebelumnya nilainya akan naik menjadi rm4000 1 bitcoin telah pun menjadi kenyataan .Anda boleh klik kotak dibawah untuk melihat harga terkini 1 bitcoin. Klik Untuk Lihat Harga Semasa 1 Bitcoin (xtc)? Jika Anda benar-benar mahu terlibat dalam Industri BITCOIN ,anda WAJIBmembaca maklumat yang saya kongsikan ini TAHNIAH!!! Jika anda sedang mencari ILMUdan KAEDAH untuk membuat Pelaburan Bitcoin dengan BETUL, TEPAT, SELAMAT maka anda telahpun tiba di tempat yang betul. Saya akan MEMBONGKARKAN kepada anda Rahsia Pelaburan Bitcoin Terlebih dahulu anda perlu tahu dalam dunia Bitcoin terdapat 4 golong manusia dan anda berada digolongan mana : Tidak pernah dengar,tidak tahu dan tidak ada simpan Bitcoin Pernah dengar tapi tidak ambil tahu potensi Bitcoin dan tiada Bitcoin Pernah dengar ,tahu potensinya dan ada simpan Bitcoin sahaja Pernah dengar,tahu potensinya,ada simpan Bitcoin dan ada lombong bitcoin Sekarang saya nak bawa anda berfiki Continue reading >>

Harga Bitcoin Di 2018 Ditaksir Rp 814 Juta!

Harga Bitcoin Di 2018 Ditaksir Rp 814 Juta!

Harga Bitcoin di 2018 Ditaksir Rp 814 Juta! Jakarta - Lonjakan harga Bitcoin yang signifikan sepanjang 2017 diprediksi akan semakin tak terbendung pada tahun depan. Malah diperkirakan bisa mencapai Rp 814 juta. Tahun 2017 seakan menjadi masa pembuktian bagi Bitcoin sebagai cryptocurrency yang paling diperhitungkan. Salah satu klimaksnya terjadi saat mata uang digital tersebut behasil mencatat rekor tertinggi dengan nilai USD 19.796 (Rp 268 Juta) pada 17 Desember lalu. Para ahli pun memprediksi bahwa dengan pencapaian tersebut, Bitcoin berpotensi mencatatkan nilai yang jauh lebih tinggi lagi tahun depan. "Bitcoin dapat mencapai USD 60 Ribu (Rp 814 Juta) pada Desember 2018," ujar Mike Dumont, Senior Editor Bitcoin.com, seperti detikINET kutip dari Futurism pada Minggu (31/12/2017). Hal senada juga diungkapkan oleh Mohammad Tayeb selaku COO Medicalchain, sebuah platform penyedia layanan medis berbasis blockchain. "Bitcoin dapat menyentuh angka USD 50 Ribu (Rp 678 Juta) tahun depan, bahkan lebih. Saya pikir akan semakin sedikit orang yang terkejut terhadap pemberitaan mengenai lonjakan nilai Bitcoin," katanya. Prediksi dengan jangka waktu yang lebih panjang dilontarkan oleh Jeremy Epstein, CEO Never Stop Marketing, startup firma pemasaran berbasis Blockchain. "Dengan catatan sepanjang tahun ini, saya tidak akan tekejut jika Bitcoin dapat menyentuh angka USD 250 Ribu (Rp 3,39 Miliar) atau lebih dalam waktu lima tahun. Meskipun begitu, masih ada kemungkinan 50:50 antara sukses besar atau gagal total," tutur Epstein menjelaskan. Tak dapat dipungkiri, pertumbuhan nilai Bitcoin pada 2017 memang bisa dibilang fantastis. Walaupun begitu, kritik terhadap cryptocurrency ini yang dianalogikan sebagai 'gelembung' (karena terus terbang tinggi namun dapat 'meletus' kapan saja) masih cu Continue reading >>

Faq: Everything You Should Know About Bitcoin In Malaysia, As A Newbie

Faq: Everything You Should Know About Bitcoin In Malaysia, As A Newbie

FAQ: Everything You Should Know about Bitcoin in Malaysia, as a Newbie Looking for information about bitcoin in Malaysia? Im glad people are showing more interest in this, but its risky to dive in without sufficient information. From my experience admin-ing one of the Bitcoin Malaysia FB pages ( here ; join for latest news and updates), seems like many people like to promote unsafe bitcoin investment opportunities. So heres a FAQ about everything you should know about Bitcoin in Malaysia, as a newbie. This is kept fairly jargon free. Its a decentralised cryptocurrency and digital currency. Decentralised = not issued or regulated by any governments. Your RM was issued by Malaysian government right? So decentralised means that bitcoin (and most other cryptocurrencies) is not under any country. The easiest way to describe bitcoin is its an internet currency. Imagine the internet as a country and bitcoins can be sent anywhere without geographical borders. Because its not bound by a country, you can effectively use it anywhere globally (online and offline), as long as you have access to it. Oh, bitcoin is not anonymous btw. If you heard that, Ill tell you now that its a myth. A criminal who uses bitcoin is a stupid criminal. Transactions are fairly easy to trace via Blockchain.info , but having said that there are ways to hide the trails if one is clever. If Im a criminal Id just stick to paper money tbh, thats way more anonymous. Decentralised? Is it legal/Is it considered money? The legality of bitcoin can be debated. In Malaysia, its not considered as money at all (BNM dont consider it legal tender). In some countries, the government wants to ban bitcoin or actively discourage it (Venezuala, for example, released propaganda against bitcoin). This Legality of Bitcoin by C Continue reading >>

Harga Bitcoin Terkini Ringgit Malaysia

Harga Bitcoin Terkini Ringgit Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini hukum duit digital bitcoin. Kali ini Abangnak berkongi harga terkini bitcoin yang menjadi carian ramai. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Bitcoin diperkenalkan pada tahun 2008 oleh pencipta bayangan yang dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto.Tujuh tahun yang lalu, satu bitcoin bernilai hanya US $ 0.003, Bitcoin telah meningkat sebanyak 771% dalam tempoh tiga tahun yang lalu untuk mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak US $ 3,000 baru-baru ini. Nilai Bitcoin telah melipatganda 879,999 kali sejak 2010. Jika anda membeli US $ 5 untuk sekeping bitcoin tujuh tahun yang lalu, nilainya sekarang sudah menjadi lebih kurang US $ 4.4 juta. Terdapat 21 juta bitcoin yang ada, dan setakat ini, hampir 70% daripada mereka telah dilombong menggunakan alat berteknologi tinggi. Di Malaysia, perdagangan bitcoin adalah aktiviti yang tidak dikawal dan tidak diiktiraf oleh Bank Negara. Di negara-negara lain, pihak berkuasa mula mengesahkan penggunaan bitcoin. Jepun, sebagai contoh, telah mengenal pasti cryptocurrency sebagai kaedah pembayaran, sementara Filipina mengiktiraf pertukaran bitcoin sebagai syarikat pengiriman wang. Demam cryptocurrency telah melanda China, yang mempunyai bilangan terbesar pelombong di dunia. Di India, apabila kerajaan memutuskan untuk menghentikan duit kertas 1,000 dan 500 rupee, terdapat peningkatan sebanyak 50% dalam perdagangan Bitcoin. Penganalisis Bitcoin, Kay Van-Petersen dari Saxo Bank meramalkan bahawa harga bitcoin boleh mencecahUS $ 100,000 setiap satu dalam masa 10 tahun. Bayangkan kalau kita ada 10 keping bitcoin sekarang, berapa nilainya 10 tahun nanti. Continue reading >>

Monspace Dollar (msd)

Monspace Dollar (msd)

Bina Legasi Kekayaan Dengan Wang Digital Masa Kini Kisah Cryptocurrency Bitcoin. Dari $0.10 ke $5888.30... Ketahui cara untuk anda menjadi jutawan cryptocurrency.. Bitcoin adalah sejenis Cryptocurrency (Wang Digital) yang dibuat oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009.Terdapat pelbagai jenis Cryptocurrency (Wang Digital) yang berlegar di seluruh dunia. Antaranya adalah BITCOIN, ETHEREUM, LITECOIN, DOGECOIN dan sebagainya. Dan paling dikenali ramai kini adalah BITCOIN (BTC). Ini kerana, pada awal perkembangan BITCOIN (BTC), Nilai BITCOIN dengan US Dollar hanyalah 1 BTC = $0.10 sen USD. Namun oleh kerana permintaan dan penawaran yang tinggi, nilai BITCOIN (BTC) telah meningkat naik, sehingga hari ini nilainya adalah 1 BTC = $5888.30 USD = RM 24,730.86. Kalau kira dari segi peratus, peratus kenaikan BITCOIN adalah sebanyak 5,888,200% dalam masa kurang 10 tahun. Ada ke pelaburan lain di luar sana yang mendatangkan pulangan lebih 5 juta peratus? Seseorang bernama Koch telah membeli 5000 Bitcoinpada tahun 2009 dengan harga RM98. Selepas 4 tahun, nilai 5000 Bitcoin tersebut telah menjadi RM3,800,000. Ini pula akaun salah seorang jutawan senyap cryptocurrency. Harga untuk 1 BITCOIN (BTC) dari mula pengeluarannya pada tahun 2009 hanyalah $0.10 sen USD, kini pada tahun 2017, harga untuk 1 BITCOIN (BTC) sudah mencecah$5888.30 USD = RM24,730.86. Pada tahun 2015 pula, nilai 1 BITCOIN (BTC) hanya RM 900 sahaja pada masa itu. Dengan modal RM 18K yang anda ada, anda boleh buat penyimpanan sebanyak 20 BITCOIN (BTC). Dan untung anda hari ini bersamaan RM 476,000!. Tapi malangnya nilai BITCOIN sudah terlalu tinggi,kalau anda ada RM 10K hari ini pun, anda masih tidak mampu untuk membeli 1 BITCOIN. Zaman untuk memiliki BITCOIN sudah terlepas. Golongan berpendapatan sederhana bagai tidak laya Continue reading >>

Harga Bitcoin Malaysia Apa Yang Anda Perlu Ketahui

Harga Bitcoin Malaysia Apa Yang Anda Perlu Ketahui

Ingin membeli atau menjual Bitcoin? Harga Bitcoin Malaysia hari ini adalah: Dalam graf di atas, anda boleh melihat harga Bitcoin terkini untuk hari ini mengikut jam. Harga Bitcoin Malaysia akan berubah setiap minit mengikut bekalan dan permintaan. Lebih banyak orang yang hendak membeli bitcoin, maka harga bitcoin Malaysia akan meningkat. Sebaliknya, kalau banyak orang menjual bitcoin, maka harga akan jatuh. Harga Bitcoin Malaysia akan berlainan mengikut Bursa Bitcoin yang digunakan. Contohnya, di Luno harga mungkin RM80,000 satu Bitcoin dan di Bitcoin.com harga mungkin RM78,500. Ini kerana kebanyakan orang membeli and menjual Bitcoin di Bursa and berlainan. Oleh itu, anda perlu berhati-hati ketika mahu membeli ataupun menjual Bitcoin. Anda mesti mengikut harga di Bursa Bitcoin yang digunakan. Anda juga perlu mengambil tahu faktor-faktor seperti masa untuk transaksi bitcoin dan jumlah komisyen yang diambil oleh Bursa Bitcoin. Kalau anda membeli Bitcoin dengan matawang Amerika Syarikat (USD), anda perlu ada USD dahulu dan anda mungkin rugi kerana pertukaran wang. Kalau anda mahu membeli Bitcoin dengan Maybank , anda boleh menggunakan Bursa Bitcoin seperti Luno, Remitano ataupun Localbitcoins. Sebelum membeli bitcoin anda perlu mempunyai dompet Bitcoin. Kebanyakan Bursa Bitcoin mempunyai dompet sendiri, tetapi kalau anda ingin melabur dalam Bitcoin untuk jangkamasa yang panjang, lebih baik kalau anda mempunyai dompet Bitcoin sendiri (online ataupun offline). Mungkin anda sedang berfikir Kan baik kalau saya beli Bitcoin di satu Bursa dan jual di Bursa yang lain untuk mengait keuntungan? Sebenarnya, banyak pihak yang membuat sebegini. Ini dipanggil Arbitrage. Tetapi, seperti yang dikatakan tadi anda perlu mengambilkira faktor-faktor seperti masa untuk transaksi Bitcoin (sek Continue reading >>

More in ethereum